Isnin, 13 Disember 2021 | 9:36am
Ahmad Arman Al Huzaifi Shakir Husein
Ahmad Arman Al Huzaifi Shakir Husein

Pelajar Malaysia terima biasiswa Rhodes dari Universiti Oxford

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Ahmad Arman Al Huzaifi Shakir Husein dipilih sebagai penerima biasiswa berprestij, Rhodes Scholarship dari Universiti Oxford bersama dua yang lain dari Hong Kong dan AS.

Ahmad Arman Al Huzaifi, pelajar bidang pengkhususan berganda Ekonomi dan Sejarah kini menuntut di Universiti Colombia akan menyertai pengajian Rhodes Scholarship di Universiti Oxford pada Oktober 2022.

Turut menerima biasiswa berkenaan Adre Chan dari Hong Kong dan Sydni Scott dari AS.

Anugerah berkenaan membolehkan beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda dan Sarjana di Oxford.

Menerusi tesis beliau, Ahmad Arman Al Huzaifi mengilhamkan akses semula pendidikan di Malaysia dengan cuba memupuk komuniti dalam pelbagai peringkat.

Ahmad Arman Al Huzaifi berkata, selepas tamat pengajian di Oxford beliau berharap dapat kembali ke Malaysia bagi meneruskan kerjanya dalam bidang pendidikan dan pembaharuan dasar.

"Saya berpendapat ia akan menjadi lebih hebat jika pemikiran sejarah juga boleh menjadikan kehidupan orang lain lebih baik dengan memperbaiki penggubalan dasar.

"Saya juga mahu melengkapkan usaha akademik dengan latihan tambahan yang akan membantu menterjemahkan kerja akademik kepada impak positif kepada dunia," katanya.

Sementara itu, Dekan Bersekutu Hal Ehwal Akademik dan Pengarah Penyelidikan Prasiswazah Universiti Columbia, Ariella Lang, berkata komitmen Ahmad Arman Al Huzaifi terhadap pendidikan seni liberal sebagai cara untuk menyoal siasat kuasa sosial, politik dan ekonomi ketidaksamaan bersuara, sebagaimana Columbia berhubung dengan dunia.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian Ahmad Arman Al Huzaifi," katanya.

Berita Harian X