Isnin, 22 Oktober 2018 | 10:01am
DR Asma Ismail

6,979 graduan USM bakal terima ijazah

GEORGETOWN: Seramai 6,979 graduan Universiti Sains Malaysia (USM) akan menerima ijazah masing-masing pada Upacara Konvokesyen ke-56 USM yang berlangsung dari 23-hingga 28 Oktober ini.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkat, daripada jumlah itu, dua akan menerima Ijazah Kehormat, dua Profesor Emeritus, 550 Ijazah Doktor Falsafah, 1,479 Ijazah Sarjana, 4,883 Ijazah Sarjana Muda dan 67 Diploma Kejururawatan.

Beliau berkata, Ijazah Kehormat akan diijazahkan kepada Tan Sri Tan Khoon Hai yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang pengauditan, perakaunan dan kewangan korporat.

Beliau berkata, Tan akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perindustrian dan seorang lagi penerima yang juga mantan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Ibrahim Ahmad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan.

Berita Harian X