Rabu, 6 Jun 2018 | 8:30pm

Daun kelor tambah zat makanan

SERDANG: Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 menunjukkan lapan peratus kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.

Kekurangan zat makanan berikutan faktor kemiskinan dan pemakanan bayi yang lemah itu boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami lewat tumbesaran, selain cenderung kepada penyakit dan masalah dalam pembelajaran, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara.

Bagi membantu golongan yang mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama kanak-kanak, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan produk inovasi dikenali 'Chewable Moringa Fruity Tablets' yang berasaskan formulasi unik daripada daun kelor.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof, berkata daun kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera dipilih sebagai bahan utama menghasilkan produk inovasi itu kerana tumbuhan itu kaya dengan gabungan nutrisi, asid amino, antioksida dan anti radang yang bersesuaian dalam pemakanan serta penyembuhan.

PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia membuat pembentangan mengenai tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad

PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof bersama Prof. Dr Chin Nyuk Ling dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia menunjukkan daun Moringa Olifera dan tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad

"Secara ringkasnya daun ini boleh dijadikan sebagai suplemen multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang dalam makanan untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia.

"Sejak 1998, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mempromosikan moringa sebagai alternatif kepada bekalan makanan yang diimport untuk merawat malnutrisi...daun ini juga sudah digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit seperti jangkitan kulit, kencing manis, anemia, kegelisahan, asma, bronkitis, sesak dada dan konjunktivitis," katanya.

Tahap piawaian

Mengambil kira daun kelor yang agak pahit, ia tidak mungkin dimakan mentah, manakala daun segar pula akan cepat rosak jika tidak diproses.

Oleh itu, inovasi berkenaan menyelesaikan masalah dengan menukarkan serbuk daun kelor menjadi tablet yang boleh dikunyah, manakala serbuk buah digunakan sebagai agen pelindung untuk menangani rasa pahit daun.

PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia membuat pembentangan mengenai tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad
PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia membuat pembentangan mengenai tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad

Yus Aniza berkata, proses pembuatan tablet dibuat menggunakan kaedah pemampatan langsung iaitu teknologi yang biasa diaplikasikan bagi pembangunan produk farmaseutikal dan kini diadaptasikan bagi pembangunan produk nutraseutikal.

"Beberapa siri ujikaji dijalankan bagi inovasi ini dan menunjukkan produk yang dihasilkan berjaya mencapai tahap piawaian ditetapkan untuk memastikan tablet yang terhasil adalah berkualiti dan selamat dimakan.

"Tahap piawaian tablet dihasilkan memenuhi piawaian farmaseutikal antarabangsa (International Pharmacopeia) untuk tablet mudah terurai (orally disintegrating tablets) dan kandungan nutrisi pula dirujuk pada piawaian Food and Drug Administration United State (FDA)," katanya.

Beliau berkata, Chewable Moringa Fruity Tablets mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur.

Ciri lain tablet moringa ini ialah memberi kekerasan yang optimum, cepat hancur tanpa air dan larut dalam masa kira-kira 60 saat.

PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof bersama Prof. Dr Chin Nyuk Ling dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia menunjukkan daun Moringa Olifera dan tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad
PENYELIDIK, Prof. Madya Dr. Yus Aniza Yusof bersama Prof. Dr Chin Nyuk Ling dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia menunjukkan daun Moringa Olifera dan tablet kunyah daun Moringa Olifera yang berjaya dihasilkan ketika sidang media di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. - Foto Aizuddin Saad

Selain itu, ujikaji terhadap kecenderungan tablet terpecah dengan sendiri juga kurang daripada satu peratus, sekali gus menunjukkan produk ini stabil dan tidak mudah pecah ketika pengendalian, pembungkusan, pengangkutan dan peredaran.

"Berdasarkan kelebihan dimiliki tablet moringa, inovasi ini berpotensi untuk dikomersialkan bagi membantu golongan kurang berkhasiat dan berpendapatan rendah.

"Ia juga sesuai disarankan untuk zon krisis seperti peperangan, banjir dan kemarau kerana mudah dikendalikan serta membabitkan kos yang murah iaitu 10 sen untuk satu tablet," katanya.

INFO: Pokok kelor

  • Nama saintifik Moringa Oleifera
  • India pengeluar terbesar dengan kadar 1.1 hingga 1.3 juta tan buah setahun
  • Memiliki ketinggian batang antara 7 hingga 11 meter
  • Daun kelor berbentuk bulat telur dengan ukuran kecil bersusun dalam satu tangkai
  • Selain ubatan tradisional, turut digunakan dalam masakan
  • National Institute of Health (NIH) melaporkan ia digunakan kelompok etnik orang asli.
  • Tradisi pengubatan ayurveda India kuno menunjukkan daunnya boleh mengubati 300 jenis penyakit.

Berita Harian X