Jumaat, 16 March 2018 | 3:58pm
UNITAR menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.
UNITAR menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.
UNITAR menyediakan pembelajaran secara sepenuh masa dan separuh masa bersesuaian dengan pilihan serta kehendak pelajar.
UNITAR menyediakan pembelajaran secara sepenuh masa dan separuh masa bersesuaian dengan pilihan serta kehendak pelajar.

UNITAR tawar lebih 40 program pengajian

KELANA JAYA: Dalam usaha menentukan laluan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), UNITAR International University (UNITAR) akan menganjurkan UNITAR Career Exploration Day 2018, esok.

Program yang bertemakan 'Temui Keyakinan Anda di UNITAR' akan berlangsung di Kampus Induk UNITAR, di sini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan UNITAR hari ini, pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya lawatan kampus termasuk di UNITAR Education Core (UNIEC Space) ruang pembelajaran dan pengajaran abad ke-21, ceramah kerjaya, bengkel kulinari dan hospitaliti serta taklimat dari setiap fakulti.

UNITAR berbesar hati menjemput semua pelajar lepasan SPM dan STPM bagi tawaran kemasukan sesi April 2018, dengan menyediakan lebih 40 program yang mengenengahkan potensi kerjaya masa hadapan pelajar di bawah fakuliti dan kursus sedia ada.

Program yang ditawarkan bukan sahaja berpatutan dan berkualiti, malah menyediakan pembelajaran secara sepenuh masa dan separuh masa bersesuaian dengan pilihan serta kehendak pelajar, suri rumah, sudah berkerjaya atau pesara.

Fakulti di UNITAR dilihat sebagai penyumbang aktif dalam memupuk dan membentuk graduan yang bertaraf dunia.

Lebih 28,000 impian graduan sudah direalisasikan selama 20 tahun UNITAR ditubuhkan melalui pembelajaran yang inovatif dan fleksibel berteraskan kaedah pengajaran dan pembelajaran UNITAR, UNIEC.

Pihak universiti menyediakan prasarana pembelajaran berpatutan serta berkualiti tinggi menerusi mod pembelajaran konvensional dan jarak jauh.

INFO

* Kampus Induk UNITAR bersama enam kampus lain mempunyai lebih 7,000 pelajar.

* UNITAR menawarkan rebat yuran pengajian bernilai RM1,000 dan RM2,000 masing-masing bagi lepasan SPM dan STPM (mengikut terma dan syarat) bagi pengambilan April 2018 di Kampus Induk Kelana Jaya sehingga 1 April 2018.

* Antara jurusan dan kursus yang ditawarkan untuk kemasukan April 2018 - Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, Perakauanan, Perniagaan, Kewangan, Teknologi Maklumat, Keusahawanan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Kemanusiaan, Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan.

Berita Harian X