Khamis, 14 Disember 2017 | 3:02pm
CANSELOR Diraja Universiti Limkokwing, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom (kanan) menyampaikan Anugerah Doktor Falsafah Kepimpinan kepada Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Raduan Che Ros pada Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut kelihatan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing.- Foto Samadi Ahmad

Presiden MPN terima Anugerah Limkokwing

PUTRAJAYA: Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Raduan Che Ros dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan pada Majlis Konvokesyen Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Ijazah disampaikan Canselor Diraja Universiti Limkokwing, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom sempena majlis konvokesyen hari ini.

Yang turut hadir, Presiden yang juga pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing serta Timbalannya, Datuk Tiffanee Marie Lim.

Penyampaian anugerah itu sebagai tanda penghargaan pihak universiti kepada Raduan kerana banyak menyumbang jasa dalam bidang akademik serta membantu membangunkan pentadbiran negara.

Raduan, 57, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima ijazah pertamanya di Universiti Malaya (UM) seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia Antarabangsa di Universiti Leeds, United Kingdom.

Anak kelahiran Melaka itu aktif dalam bidang penulisan buku kajian, modul akademik serta menerbitkan lebih 150 jurnal.

Di samping itu, beliau juga banyak berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang akademik melalui syarahan, kertas kerja dan ucapan di dalam serta luar negara.

Seramai 1,000 graduan dari 69 negara diraikan sempena Majlis Konvokesyen Limkokwing yang berlangsung selama sehari itu.

Selain kampus utama Cyberjaya, pada tahun ini Limkokwing turut mengadakan majlis konvokesyen di kampus cawangan luar negara termasuk Botswana, Lesotho dan Swaziland di Afrika Selatan.

Selain Ijazah Kehormat PhD, anugerah kecemerlangan turut disampaikan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Berita Harian X