Sabtu, 7 Oktober 2017 | 6:42pm
PENGARANG Pendidikan BH, Fadzlena Jafar (berdiri tengah depan) bergambar bersama para guru di Majlis Penghargaan BH Sepetang bersama-sama Guru 2017 di Hotel Grand Alora. - Foto Sharul Hafiz Zam

BH hargai guru

ALOR SETAR: Kira-kira 300 guru daripada 130 sekolah rendah dan menengah yang melanggan BH di sini, diraikan dalam majlis Sepetang Bersama-sama Guru BH 2017.

Majlis anjuran BH itu diadakan bagi menghargai sekolah yang setia melanggan sisipan pendidikan BH, iaitu Didik, Minda dan Skor sejak beberapa tahun lalu.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sains dan Matematik Rendah), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar, Johari Ahmad, berkata sisipan pendidikan BH wajar dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) di sekolah kerana terbukti meningkatkan prestasi akademik pelajar.

"Kandungan sisipan pendidikan yang disediakan BH itu mengikut format dan silibus pembelajaran terkini seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

"Soalannya juga amat fokus dengan menyediakan cadangan jawapan yang memenuhi kehendak soalan dan memudahkan guru yang menggunakan BBM ini ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar dan Pengurus Kanan Jabatan Jualan Akhbar dan Pengedaran, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Zattul Iffah Mohamad Zaidi.

Selain Kedah, program itu akan turut diadakan di Melaka, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

INFO

Program pendidikan BH

  • Seminar Bimbingan Peperiksaan BH
  • Bengkel Akhbar Dalam Darjah BH
  • Majlis penghargaan Seoetang Guru Bersama-sama BH
  • Jelajah Rakan Sekolah BH

Berita Harian X