Khamis, 24 Ogos 2017 | 10:39pm
TRAK Patrol Denggi SK Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam yang akan digunakan dalam misi menggempur denggi. - Foto ihsan pembaca
TRAK Patrol Denggi SK Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam yang akan digunakan dalam misi menggempur denggi. - Foto ihsan pembaca
MOHD Salleh (tengah) dan Isa (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Trak Patrol Denggi SK Seksyen 9 Shah Alam. - Foto ihsan pembaca
MOHD Salleh (tengah) dan Isa (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Trak Patrol Denggi SK Seksyen 9 Shah Alam. - Foto ihsan pembaca

SK Seksyen 9 lancar Trak Patrol Denggi

SHAH ALAM: Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi, Sekolah Berprestasi Tinggi - Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam mengambil inisiatif dengan melancarkan Trak Patrol Denggi.

Majlis pelancaran Trak Patrol Denggi sekolah itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim, baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis itu Pengerusi PIBG, Prof Saifollah Abdullah dan Guru Besar, Isa Zakariya.

Trak itu yang digunakan untuk melaksanakan misi menggempur denggi, disumbangkan oleh Penaung Program Patrol Denggi, Datuk Azhar Muhammad yang juga Pengerusi Biforst Dinamik Sdn Bhd.

Pelaksanaan program dan majlis itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Sementara itu, Isa berkata, dengan adanya trak itu, misi gempur denggi dapat disebarkan dengan lebih luas bagi menyedarkan masyarakat betapa bahayanya denggi.

Katanya, kejayaan program itu banyak bergantung kepada kerjasama erat antara ibu bapa dan guru.

Berita Harian X