Sabtu, 10 September 2022 | 9:53pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) bersama Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (kanan) menghadiri tayangan khas filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ anjuran MPB di Bandar Utama. - NSTP/ASWADI ALIAS.

PM tonton 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa'

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri tayangan khas filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' di TGV Cinemas Bandar Utama di sini, malam ini.

Sesi tayangan khas itu dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB).

Hadir sama pada sesi tayangan khas itu ialah Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (lima kiri) bersama Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (lima kanan) bergambar bersama antara pelakon filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ di TGV Cinemas Bandar Utama. - NSTP/ASWADI ALIAS.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Michael Chan; serta Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Audio, Nazri Noran; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar; dan Timbalan Pengarang Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Television Networks, Azhari Muhidin.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengisahkan anggota PASKAU diketuai Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan, yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara bergolak.

Filem itu dibintangi Datuk Adi Putra, Nas T, Pablo Amirul, Hakim Ridza, Jack Tan, Aiman, Sara Ali, Johan As'ari dan Luqman Hafidz.

Berita Harian X