Isnin, 8 Ogos 2022 | 3:07pm
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AFP
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AFP

OIC, MWL kecam serangan Israel di Masjid Al-Aqsa, Gaza

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Dunia Islam (MWL) mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan serangan berterusan ke atas Gaza.

Sekretariat Agung OIC dalam satu kenyataan kepada BERNAMA, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ratusan pendatang haram Yahudi yang mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa, dengan perbuatan itu dilindungi pasukan pendudukan Israel.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AFP
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AFP

Organisasi itu turut mengecam serangan berterusan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang menurutnya meragut 31 nyawa, termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita, selain mencederakan 250 orang awam Palestin.

"Tindakan ini adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang, resolusi dan perjanjian antarabangsa yang berkaitan", katanya.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AP
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AP

Organisasi itu meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Israel terhadap sebarang kemungkinan akibat daripada pelanggaran serius itu, yang bertujuan untuk memaksa pembahagian ruang dan waktu dalam kawasan Masjid Al-Aqsa untuk rakyatnya.

Organisasi itu juga memberi amaran bahawa serangan berterusan ke atas rakyat Palestin dan tapak suci mereka adalah provokasi berbahaya yang akan memburukkan lagi ketegangan dan mendorong ke arah keganasan berterusan serta ketidakstabilan.

Organisasi itu menegaskan, Masjid Al-Aqsa sebagai "Al-Haram Al-Sharif" (the Sacred Compound) dengan keseluruhan kawasannya seluas 144 dunums (144,000 meter persegi), adalah tempat ibadat untuk umat Islam semata-mata.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AP
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang dikatakan meragut 31 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita. - Foto AP

OIC juga menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB, untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan dan pelanggaran berulang itu.

OIC juga memaksa kuasa penjajahan Israel untuk menghormati kesucian tapak suci, memelihara status undang-undang dan sejarah Masjid Al-Aqsa, selain menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin.

Dalam nada sama, MWL turut mengecam provokasi serius terhadap kesucian tapak suci Islam oleh tentera Israel.

"Kesan pencabulan berterusan ini akan meningkatkan keganasan antara kedua-dua pihak, yang mana semua orang akan membayar harganya, selain menggagalkan usaha perdamaian", katanya dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

MWL menekankan pentingnya semua pihak berusaha untuk merealisasi keamanan yang adil serta menyeluruh dan menghentikan semua amalan yang menjejaskan peluang keamanan di rantau berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menerusi portalnya, turut mengecam pencabulan dan serangan terhadap Masjid Al-Aqsa dan halamannya.

Ketua Pengarahnya, Sheikh Dr Abdul Rahman Al Sudais, berkata pencabulan kejam itu melangkaui semua norma antarabangsa dan kemanusiaan serta tidak menghormati kesucian nyawa dan tapak suci.

"Masjid Al-Aqsa akan kekal teguh sehingga hari kiamat dan apa yang dilakukan oleh peneroka haram Yahudi adalah pencabulan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana agama dan norma," katanya sambil menyifatkan tindakan provokasi ini akan meningkatkan ketegangan dan memburukkan lagi keadaan.

Sudais turut menyatakan pelanggaran itu bercanggah dengan semua norma manusia serta menegaskan agama Islam yang sebenar menolak dan menganggap semua jenis pelanggaran seumpama itu sebagai jenayah.

Tapak suci yang menjadi pertikaian antara dua agama itu dikenali sebagai pekarangan Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam dan Temple Mount bagi Yahudi, terletak di Kota Lama Baitulmaqdis.

Tapak itu ditadbir oleh Wakaf Muslim Jordan tetapi dilindungi pasukan polis Israel. - BERNAMA

Berita Harian X