Selasa, 2 Ogos 2022 | 5:41pm

Berganding bahu tolak kereta ditenggelami air

JOHOR BAHRU: Orang ramai khususnya pemilik kenderaan yang terjejas akibat banjir di tempat letak kereta berbayar dekat Jalan Ayer Molek berganding bahu menolak kereta keluar dari kawasan dinaiki air.

Kira-kira 150 kenderaan di kawasan itu ditenggelami air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 12.30 tengah hari tadi.

Selain Jalan Ayer Molek, banjir kilat turut berlaku di Jalan Yahya Awal, Jalan Mahmoodiah, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Kolam Ayer, Jalan Tun Abdul Razak dan Kampung Mohd Amin yang menjejaskan hampir 500 kenderaan.

Tinjauan mendapati semua kenderaan terjejas tidak dapat dihidupkan dan orang ramai membantu menolak kenderaan ke tempat lebih selamat.

Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat dan lebih 100 kenderaan yang diletakkan di Jalan Ayer Molek, Johor gagal dihidupkan selepas ditenggelami banjir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Turut dilihat beberapa kereta tunda berada di lokasi berkenaan untuk menunda kenderaan terjejas.

Banjir kilat surut kira-kira jam 2.30 petang dengan Skuad Kilat Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut dilihat melakukan kerja-kerja pembersihan longkang yang tersumbat.

Menurut Aliyas Said, 46, kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk dialaminya sejak dua tahun bekerja di kawasan berkenaan.

"Sebelum ini saya ada juga letak kereta di kawasan ini dan pernah juga hujan, tetapi paling tinggi pun sehingga paras tayar sahaja, ini paling teruk dan kereta saya ditenggelami air.

"Alhamdulillah, ramai yang bantu tolak kereta keluar dari kawasan parkir," katanya yang tinggal di Taman Universiti di sini.

Bagi Nour Hashidah Fahruddin, 37, dia selalu meletakkan kereta di kawasan itu sebelum menaiki kenderaan rakannya untuk bekerja di sekitar daerah ini.

"Ketika terima panggilan telefon memaklumkan kawasan ini dinaiki air, saya berada di Kampung Sinaran Baru, Kempas. Saya terus bergegas ke sini dan hanya mampu menangis sepanjang perjalanan kerana bimbang kereta ditenggelami air. Sebaik tiba, memang air sudah naik sehingga separuh badan kereta," katanya yang sudah menggunakan keretanya itu selama tujuh tahun.

Nour Hashidah berkata, pekerja di kawasan berkenaan pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila berlakunya banjir kilat.

Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat dan lebih 100 kenderaan yang diletakkan di Jalan Ayer Molek, Johor gagal dihidupkan selepas ditenggelami banjir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat dan lebih 100 kenderaan yang diletakkan di Jalan Ayer Molek, Johor gagal dihidupkan selepas ditenggelami banjir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Sementara itu, penjaga parkir, Mega Siman, 51, memberitahu, dia selalu membersihkan beberapa longkang di kawasan itu yang tertutup dengan daun-daun kering.

"Saya memang biasa bersihkan longkang untuk pastikan air dapat turun dengan lebih lancar, namun kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, hujan semakin lebat sehingga kawasan ini ditenggelamkan air dalam sekelip mata.

"Saya terus menghubungi seorang pemilik kenderaan yang saya kenal dan minta dia beritahu rakan-rakan lain untuk mengalihkan kereta namun sudah terlambat," katanya yang bekerja di kawasan berkenaan sejak dua bulan lalu.

Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat dan lebih 100 kenderaan yang diletakkan di Jalan Ayer Molek, Johor gagal dihidupkan selepas ditenggelami banjir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Hujan lebat hampir dua jam menyebabkan banjir kilat dan lebih 100 kenderaan yang diletakkan di Jalan Ayer Molek, Johor gagal dihidupkan selepas ditenggelami banjir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Berita Harian X