Isnin, 1 Ogos 2022 | 3:24pm

SPRM, Media Prima sedia jalin kerjasama strategik

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat menjadikan Media Prima Bhd (Media Prima) rakan strategik bagi memastikan agenda pencegahan rasuah dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada seluruh masyarakat di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kerjasama dengan Media Prima itu mampu menjayakan pelbagai program pencegahan dan pendidikan rasuah bagi memastikan kesedaran terhadap jenayah itu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, SPRM juga bersedia memberi pelbagai input kepada Media Prima untuk rangkaian media kumpulan syarikat itu.

"Hari ini kami berkunjung ke Media Prima dan Alhamdulillah daripada perbincangan, kolabrasi kami boleh dikembangkan lagi. Usaha-usaha dalam tindakan pencegahan rasuah boleh dilakukan dan ditambah baik secara bersama.

"Saya juga bersetuju sekiranya SPRM dan Media Prima menjayakan usaha strategik, termasuk menjadi rakan strategik SPRM bagi meluaskan mesej-mesej kepada masyarakat.

"Kami sedia memberikan input penting kepada Media Prima supaya langkah pencegahan rasuah dapat difahami serta bagaimana tindakan yang lebih berkesan dapat dilakukan," katanya selepas sesi lawatan korporat ke Seri Pentas, hari ini.

Lawatan diiringi Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Azam (tiga dari kanan) bersama delegasi mengadakan perbincangan dengan Syed Hussian (empat dari kiri) dan Rafiq (tiga dari kiri) ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Azam berkata, pelbagai plafform Media Prima boleh diambil kesempatan oleh SPRM untuk menyebarkan mesej bebas rasuah, antaranya program berbentuk dokumentari dan kisah benar.

"Mesej ini perlu sesuatu yang memberi impak tinggi, mungkin boleh wujudkan dokumentari atau cerita berdasarkan kisah benar. Kita boleh beri input dan dengan kepakaran yang ada pada Media Prima, ia boleh dilaksanakan dalam pelbagai aspek," katanya.

Sementara itu, Syed Hussian berkata, pertemuan dengan pengurusan kanan SPRM adalah bagi mempertingkatkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak, selain tumpuan kepada aspek mendidik masyarakat dan pencegahan yang boleh dikongsi bersama.

Azam (dua dari kanan) diiringi Rafiq (kanan) melawat bilik kawalan berita ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Azam (dua dari kanan) diiringi Rafiq (kanan) melawat bilik kawalan berita ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

"Antara lain mungkin kita boleh buat program, drama atau temu bual bagi menerangkan kepada masyarakat mengenai SPRM. Penerangan ini penting untuk disebarkan kepada masyarakat mengenai bagaiamana SPRM ditubuhkan dan pemantauan terhadap agensi itu.

"Masyarakat mungkin tidak tahu SPRM dipantau oleh lima jawatankuasa. Jika ini dapat dikongsi, ia akan meningkatkan lagi kefahaman masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan itu," katanya.

Azam (tengah) dan Syed Hussian (empat dari kanan) serta Rafiq (lima dari kiri) bersama delegasi bergambar kenangan ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Azam (tengah) dan Syed Hussian (empat dari kanan) serta Rafiq (lima dari kiri) bersama delegasi bergambar kenangan ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Azam (tiga dari kanan) menerima cenderahati disampaikan Syed Hussian sambil diperhatikan Rafiq (dua dari kanan) ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Azam (tiga dari kanan) menerima cenderahati disampaikan Syed Hussian sambil diperhatikan Rafiq (dua dari kanan) ketika melakukan lawatan ke Sri Pentas, Bandar Utama. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Berita Harian X