Khamis, 21 Julai 2022 | 9:58pm
Shahidan tiba selepas pintu dikunci. - Foto NSTP/MAHANI ISHAK
Shahidan tiba selepas pintu dikunci. - Foto NSTP/MAHANI ISHAK

Taklimat kumpulan Sulu: Pintu dewan taklimat dikunci

KUALA LUMPUR: Lebih 30 petugas media berkumpul di luar Hotel Seri Pacific di sini menunggu sesi taklimat tertutup yang membabitkan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan taklimat dan petugas mengunci pintu kira-kira jam 9.14 malam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, menteri terakhir yang tiba, iaitu kira-kira jam 9.27 malam, menyebabkan petugas hotel membuka sebentar kunci.

Selain Shahidan, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut tiba selepas pintu dikunci iaitu pada 9.18 malam.

Sebelum itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada jam 8.53 malam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada sidang medianya di Dewan Rakyat memaklumkan satu sesi taklimat tertutup kepada Ahli Parlimen berlangsung 8.30 malam, berhubung isu tuntutan daripada pihak yang mendakwa kumpulan Sulu.

Taklimat itu akan diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri di JPM (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Petugas hotel mengunci pintu ke dewan taklimat. - Foto NSTP/MAHANI ISHAK
Petugas hotel mengunci pintu ke dewan taklimat. - Foto NSTP/MAHANI ISHAK

Berita Harian X