Sabtu, 16 Julai 2022 | 10:50pm
Orang ramai hadir ke program Festival Bon Odori 2022 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. Festival Bon Odori ialah perayaan masyarakat Jepun bagi menghormati semangat nenek moyang mereka. - NSTP/Aziah Azmee

Bon Odori galak persahabatan Malaysia-Jepun

SHAH ALAM: Festival tahunan Bon Odori yang sudah dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha untuk mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi, berkata Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan hari ini adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.

"Jepun sangat menghargai kepelbagaian budaya dan toleransi Malaysia. Kepelbagaian dan toleransi itu telah menggerakkan usaha untuk mempromosikan hubungan dua hala dalam semua aspek termasuk Festival Bon Odori ini.

"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia. Jawatankuasa penganjur Bon Odori berharap upacara ini menjadi satu lagi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia," katanya pada sidang media Festival Bon Odori ke-46 di sini.

Festival Bon Odori ke-46 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee
Festival Bon Odori ke-46 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia. - NSTP/Aziah Azmee
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia. - NSTP/Aziah Azmee

Festival tahunan Bon Odori yang sudah dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha untuk mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun. - NSTP/Aziah Azmee
Festival tahunan Bon Odori yang sudah dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha untuk mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun. - NSTP/Aziah Azmee

Seramai 35,000 orang sertai Festival Bon Odori Ke-46 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 35,000 orang sertai Festival Bon Odori Ke-46 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, hari ini. - Foto BERNAMA

Takahashi berkata, kira-kira 1,500 syarikat Jepun melabur di Malaysia dengan menawarkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Bon Odori 2022 di Kuala Lumpur, Dai Hoshiai berkata, dianggarkan 35,000 pengunjung menghadiri Festival Bon Odori yang bermula pada jam 7 malam.

Beliau berkata, festival itu tidak diadakan sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID-19.

Festival ini adalah acara kebudayaan yang memaparkan tarian rakyat Jepun dan ia disambut setiap tahun sebagai acara pada musim panas yang diadakan di setiap daerah di setiap bandar di Jepun.

"Ini hanyalah acara kebudayaan. Sudah pasti kami buka (Bon Odori) kepada semua orang," katanya. – BERNAMA

Jawatankuasa penganjur Bon Odori berharap upacara ini menjadi satu lagi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia. - NSTP/Aziah Azmee
Jawatankuasa penganjur Bon Odori berharap upacara ini menjadi satu lagi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia. - NSTP/Aziah Azmee

Festival Bon Odori ke-46 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee
Festival Bon Odori ke-46 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee

Berita Harian X