Khamis, 7 Julai 2022 | 12:21pm

Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh

IPOH: Sepasang suami isteri ditemui maut oleh ahli keluarga, dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman di sini pagi tadi.

Mangsa Ng Chun Hon, 64, dan isterinya Ooi Tin Lu, 59, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata abang mangsa lelaki hadir di Balai Polis Bercham pada jam 8.50 pagi memaklumkan menemukan adik dan isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Anggota polis yang tiba bersama paramedik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mangsa lelaki dan wanita tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

"Kedua-dua mangsa ditemukan di ruang tamu dengan lelaki dalam keadaan tertiarap manakala wanita tersandar pada dinding dan mereka disahkan sudah meninggal dunia," katanya ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mayat suami isteri, Ng Chun Hon dan Ooi Tin Lu yang ditemukan di kediaman mereka di Taman Bercham Aman dekat Ipoh dipercayai dibunuh. - NSTP/ L Manimaran

Yahaya berkata, siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah di kepala kerana senjata tajam dan objek tumpul.

"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian. Kita percaya mangsa meninggal dunia malam tadi. Hingga kini kita masih belum menemui senjata digunakan suspek.

"Kes ini akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya sambil memaklumkan mangsa lelaki seorang mekanik dan isterinya suri rumah.

Susulan kes ini polis memburu suspek yang juga adik kepada mangsa lelaki yang maut. Suspek, Ng Chun Ming, 61, adalah ahli keluarga kepada mangsa sudah menghilangkan diri bersama kenderaan jenis Proton Saga milik si mati wanita.

"Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dapat berhubung terus dengan balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera parah.

Ibu mangsa lelaki berusia 90 tahun yang uzur dan berkerusi roda turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian dan mengaku ada terdengar pergaduhan.

Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman di sini, pagi tadi. - Foto NSTP/L Manimaran
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman di sini, pagi tadi. - Foto NSTP/L Manimaran
Mayat suami isteri, Ng Chun Hon dan Ooi Tin Lu yang ditemukan di kediaman mereka di Taman Bercham Aman dekat Ipoh dipercayai dibunuh. - NSTP/ L Manimaran
Mayat suami isteri, Ng Chun Hon dan Ooi Tin Lu yang ditemukan di kediaman mereka di Taman Bercham Aman dekat Ipoh dipercayai dibunuh. - NSTP/ L Manimaran
Berita Harian X