Selasa, 28 Jun 2022 | 12:55pm
Ahmad Zahid hadir di Kompleks Mahkamah KL untuk menghadiri prosiding bela diri bagi 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Ahmad Zahid hadir di Kompleks Mahkamah KL untuk menghadiri prosiding bela diri bagi 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

'Saya tak pernah masuk politik ikut tingkap'

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau bermula dari bawah dengan belajar tata cara politik.

Ahmad Zahid yang membela diri terhadap tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, berkata beliau tidak pernah memasuki politik melalui jalan pintas.

"Saya belajar tatacara politik, saya tidak pernah masuk politik melalui tingkap, saya melalui tangga politik dari bawah. Oleh itu saya memahami tata etika dan budaya politik dalam parti yang saya nakhodainya, " katanya.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak pernah merancang untuk memegang sebarang jawatan dalam politik, tetapi ia adalah atas restu Allahyarham ibunya yang memintanya untuk kerap pulang ke kampung.

Presiden UMNO itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, pada sesi pemeriksaan utama ketika membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Berita Harian X