Khamis, 9 Jun 2022 | 11:16am
Keadaan Jalan Changkat Tambi Dollah yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL
Keadaan Jalan Changkat Tambi Dollah yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL

Kenderaan terperangkap, pokok tumbang

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat berterusan mulai tengah malam tadi yang turut menyebabkan kenderaan terperangkap.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, kawasan terjejas termasuk Jalan Ampang, Jalan Changkat Thambi Dollah, Jalan Pudu, Jalan Cheras, Jalan Maharajalela dan Jalan Yaakob Latif, namun surut dalam tempoh singkat.

Keadaan Jalan Yaacob Latif yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL
Keadaan Jalan Yaacob Latif yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL

"Kakitangan DBKL sentiasa berada di lapangan bagi mengawal situasi serta memastikan segala urusan berjalan lancar. Masalah beberapa kenderaan tersangkut sudah diatasi dan semua jalan terbabit dibuka seperti biasa pagi ini.

"DBKL menasihati warga kota agar berhati-hati dan mematuhi arahan petugas ekoran hujan lebat turut mengakibatkan pokok tumbang di Jalan Tun Razak," kata DBKL melalui Facebook rasminya, hari ini.

Keadaan Jalan Ampang yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL
Keadaan Jalan Ampang yang dinaiki air awal pagi tadi. - Gambar Ihsan DBKL

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, petugasnya sudah berada di lapangan bagi mengendalikan situasi pokok tumbang di Jalan Tun Razak sambil dibantu pasukan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal pergerakan trafik.

Berita Harian X