Sabtu, 4 Jun 2022 | 6:34pm
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 berlangsung di WTC KL hingga 12 Jun ini. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

50,000 pengunjung pada hari pertama PBAKL 2022

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 menerima sambutan ramai hingga mencecah 50,000 pengunjung pada hari pertama program berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, semalam.

Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron, berkata antara faktor sambutan memberangsangkan itu ialah tempoh program yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam memberi masa kepada peminat buku untuk berkunjung dan mencari buku dengan selesa.

"Selain itu, pelbagai program dan diskaun yang dirancang oleh pihak pempamer turut menarik perhatian pengunjung," katanya kepada BH.

Sambil memaklumkan PBAKL 2022 turut membabitkan lebih 20 pempamer dari luar negara, Mohd Khair berkata, program itu tetap menerima sambutan secara fizikal yang menggalakkan walaupun terdapat jualan dalam talian.

"Diharapkan PBAKL akan menjadi medan pembugaran industri buku negara. Buku perlu diperjuangkan kerana ia adalah tanda ketamadunan bangsa," katanya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Sakri Abdullah, pula berkata pihaknya teruja dengan kehadiran ramai pengunjung pada hari pertama penganjuran PBAKL 2022, semalam, seperti yang lazim berlaku pada hari minggu.

"Mungkin kerana sudah dua tahun orang menunggu untuk PBAKL ini diadakan.

"Bagi tahun ini, pihak kami berharap buku terbitan ITBM dinikmati semua orang. Kami juga menawarkan pelbagai promosi kepada pengunjung," katanya.

Pengurus Penasihat Pendidikan Grolier, Jenny Teh, 53, berkata pihaknya sebagai pempamer menunggu selama dua tahun untuk pesta buku itu dianjurkan.

"Rata-rata pengunjung yang hadir pada hari pertama program adalah rombongan sekolah terdiri daripada pelajar. Saya rasa hari ini pasti akan lebih ramai lagi sebab cuti hujung minggu," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati orang ramai meliputi keluarga, guru dan pelajar, mengunjungi 709 gerai pempamer yang membabitkan aneka genre penerbitan termasuk majalah, pada pesta buku berkenaan yang berlangsung dari 3 hingga 12 Jun ini.

Walaupun jumlah pengunjung ramai, kebanyakan mereka dilihat masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka.

Pengunjung yang juga pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Afifah Aqilah Shukri, 24, berkata beliau memang gemar menghadiri pesta buku.

"Banyak diskaun yang saya dapat apabila membeli buku di sini (PBAKL) berbanding jika membelinya di kedai buku," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Atasha, 20, berkata sebagai pencinta buku, beliau sangat gembira apabila pesta buku itu diadakan semula dengan pelbagai tawaran menarik.

"Saya sangat meminati buku novel dan puisi. Di sini, banyak buku yang saya minat dan ditawarkan pada harga murah," katanya.

Berita Harian X