Selasa, 24 Mei 2022 | 12:12pm

Bekas diplomat, anak ditahan kes tanam ganja

KUALA LUMPUR: Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun bersama anak lelakinya, ditahan polis susulan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang ditanam sekitar rumahnya dekat Janda Baik, Pahang.

Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ganja berkenaan dipercayai ditanam anak lelakinya di kawasan kediaman berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis merampas semua pokok ganja yang ada di sekeliling rumah suspek dan beberapa peralatan lain.

"Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui bagaimana suspek memperoleh bekalan pokok ganja terbabit.

"Kami juga sedang menyiasat peranan kedua-dua suspek yang ditahan dalam kes itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan daun ganja yang sudah dikeringkan daripada pokok ganja yang dirampas susulan penangkapan bekas diplomat bersama anak lelakinya yang menanam 100 pokok ganja sekitar rumahnya di Janda Baik ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang. - NSTP/Aizuddin Saad

Dalam serbuan itu, suspek yang juga bekas diplomat terbabit ditahan di rumahnya Sabtu lalu manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun pula ditahan di Shah Alam, semalam.

Serbuan dilakukan JSJN terhadap kediaman itu pada jam 6 petang Sabtu lalu, membawa kepada penemuan hampir 100 pokok yang dipercayai pokok ganja di sekeliling kediaman suspek.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penahanan tersebut. Difahamkan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kes terbabit hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan daun ganja kering yang dirampas susulan penangkapan bekas diplomat bersama anak lelakinya yang menanam 100 pokok ganja sekitar rumahnya di Janda Baik ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang. - NSTP/Aizuddin Saad

Berita Harian X