Jumaat, 20 Mei 2022 | 10:43pm
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/FB MB

MB Johor menyamar naik bas ke Singapura

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini.

Menerusi muat naik di akaun Facebooknya, Onn Hafiz berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua agensi berkaitan esok bagi memperbaiki sistem keluar masuk di sempadan negara.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz

"Alhamdulillah, saya telah selamat pergi dan selamat kembali ke Johor. Saya lalui proses yang lazim dilalui semua.

"Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Pengarah Imigresen Johor, Kastam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Penguatkuasaan Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, esok.

"Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Saya dan agensi berkenaan akan berusaha untuk memperbaikinya dengan kadar segera, demi keselamatan dan keselesaan jutaan pengguna yang mengunjunginya setiap tahun. Semoga dipermudahkan segala urusan," katanya dalam muat naik berkenaan.

Sebelum ini, pekerja Malaysia di Singapura yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam sering mengeluh kerana sering beratur dalam tempoh yang lama terutama ketika waktu puncak.

Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz
Satu tangga bergerak dua hala didapati dalam penyelenggaraann ketika Onn Hafiz melakukan penyamaran dengan menjadi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam bagi memasuki Singapura menerusi JB Sentral, hari ini. - NSTP/Ihsan FB Onn Hafiz

Berita Harian X