X
Isnin, 16 Mei 2022 | 3:31pm
Seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama empat kucing terbiar ditemui mati dipercayai diracun di Desa Pandan, kelmarin.
Seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama empat kucing terbiar ditemui mati dipercayai diracun di Desa Pandan, kelmarin.

Kucing popular di TikTok mati diracun

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kucing sedih apabila haiwan peliharaannya bersama empat kucing terbiar ditemui mati dipercayai diracun di Desa Pandan, kelmarin.

Kematian kucing dikenali sebagai Yogi yang mempunyai kira-kira 31,200 pengikut di laman TikTok, dikongsi pemiliknya Al Farrah Sherrina Zulkifle yang menunjukkan haiwan kesayangannya itu bersama seekor kucing berwarna oren ditemui kaku di hadapan sebuah rumah.

Al Farrah berkata, dia sebenarnya tidak menyangka kucing kesayangan itu menjadi mangsa selepas beberapa ekor kucing lain turut diracun sejak beberapa minggu lalu.

"Saya hanya tahu Yogi dan kucing-kucing lain diracun selepas pintu rumah diketuk jiran sekitar jam 8 pagi, kelmarin. Mereka beritahu Yogi diracun dan ditemui kaku di tingkat bawah bangunan.

"Apabila ke sana, saya tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat Yogi yang sudah tidak bernyawa dan tidak ada apa lagi yang mampu saya lakukan," katanya kepada BH.

Kucing peliharaan bernama Yogi ada hampir 32,000 pengikut di TikTok mati dipercayai diracun bersama empat kucing lain di sebuah kawasan kediaman di Desa Pandan.
Kucing peliharaan bernama Yogi ada hampir 32,000 pengikut di TikTok mati dipercayai diracun bersama empat kucing lain di sebuah kawasan kediaman di Desa Pandan.

Al Farrah berkata, setakat ini dia tidak mengetahui siapa pelaku perbuatan itu namun berharap keadilan atas kekejaman terhadap haiwan ini akan berlaku.

Dia tidak sangka akan kehilangan Yogi dengan cara sebegini kerana perbuatan meracun kucing adalah sangat kejam. Kenapa terlalu kejam hingga sanggup menganiaya makhluk yang tidak berdosa.

"Sekiranya ada penduduk yang tidak suka kucing, mereka boleh maklumkan supaya kami lakukan sesuatu," katanya yang memberitahu Yogi adalah seekor kucing yang mesra dengan semua penduduk di flat itu.

 Kematian kucing dikenali sebagai Yogi yang mempunyai kira-kira 31,200 pengikut di laman TikTok, dikongsi pemiliknya Al Farrah Sherrina Zulkifle yang menunjukkan haiwan kesayangannya itu bersama seekor kucing berwarna oren ditemui kaku di hadapan sebuah rumah.
Kematian kucing dikenali sebagai Yogi yang mempunyai kira-kira 31,200 pengikut di laman TikTok, dikongsi pemiliknya Al Farrah Sherrina Zulkifle yang menunjukkan haiwan kesayangannya itu bersama seekor kucing berwarna oren ditemui kaku di hadapan sebuah rumah.

Sementara itu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, berkata pihaknya kesal kerana masih ramai yang bersikap kejam dan menzalimi haiwan seperti yang berlaku terhadap Yogi namun tetapi mengingatkan agar pemilik haiwan memainkan tanggungjawab untuk memastikan persekitaran selesa untuk semua pihak.

Usaha murni memberi makanan kepada kucing perlu disertai dengan tindakan untuk mengawal populasi kucing iaitu dengan membuat pemandulan.

"Kita kena sedar, di sebalik ramai yang sukakan kucing atau anjing, ada ramai juga yang tidak menyukai haiwan itu dan saya nasihatkan selain memberi makanan, bentukkan satu pakatan dan kumpulan untuk bekerjasama dan proses pemandulan.

"Ini penting untuk perancangan jangka panjang dan mengawal populasi setempat. Apabila lakukan secara berkumpulan, kos pemandulan juga boleh dikongsi bersama," katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya pemilik khususnya mereka yang menyelamatkan haiwan terbiar sedar akan tanggungjawab besar sekiranya berlaku penganiayaan terhadap haiwan itu kerana mereka boleh dikaitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan yang boleh membawa hukuman maksimum RM100,000 serta maksimum tiga tahun penjara.

Dalam kes meracun kucing atau anjing ini, ia sukar dibuktikan memandangkan jenayah itu perlu mempunyai saksi atau dirakam dan disebabkan itulah ramai pelaku masih bebas melakukan aktiviti kejam itu.

"Pembuktian perlu kukuh dan suspek biasanya akan bijak untuk mengalihkan isu termasuklah memberi alasan hanya memberi makan dan bukannya racun. Disebabkan itulah kita sedang berusaha untuk mengubah klausa Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk memberi sepenuh kesedaran kepada semua," katanya.

Berita Harian X