Khamis, 12 Mei 2022 | 12:05pm

'Mangsa dalam perjalanan balik selepas makan malam di Ipoh'

PUTRAJAYA: Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di Kuala Kangsar, dalam perjalanan balik selepas makan malam di Ipoh.

Menurut bapa kepada seorang daripada mangsa, Aidol Munir Akhbar, anaknya, Muhammad Nasrun, 22, bersama mangsa yang lain dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam bersama beberapa rakan lain di Ipoh.

Suasana diperkarangan jabatan forensik di Hospital Kuala Kangsar. - Foto L MANIMARAN
Suasana diperkarangan jabatan forensik di Hospital Kuala Kangsar. - Foto L MANIMARAN

"Rakan arwah anak saya memaklumkan sebelum kejadian mereka keluar makan malam di Ipoh dan disertai beberapa pelajar lain yang menunggang motosikal.

"Semasa kejadian rakan arwah memaklumkan sebaik tiba di tempat kemalangan terdapat kerja membaiki jalan dan kereta dinaiki arwah anak dan rakannya dirempuh dari arah belakang.

"Saya amat terkejut apabila menerima berita anak terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi daripada seorang rakan kuliahnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Nasrun adalah anak sulung daripada dua beradik.

Berita berkaitan

Lima pelajar USAS mangsa nahas Terowong Menora

Nahas dekat Terowong Menora, trafik sesak 13km

5 rentung dalam satu kereta

5 pelajar maut, USAS ucap takziah

Aidol Munir berkata, ketika ini berada di Hospital Kuala Kangsar bagi menuntut jenazah anaknya dan mungkin proses bedah siasat mengambil masa yang lama disebabkan jumlah yang ramai.

"Kami reda dengan ketentuan menimpa anaknya dan bercadang membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Kuala Kubu Baharu.

"Saya berharap kerja bedah siasat dan pengecaman mayat berjalan lancar supaya proses pengebumian dapat diadakan hari ini, "katanya.

Dalam kejadian tengah malam tadi, lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini.

Berita Harian X