Rabu, 27 April 2022 | 1:52pm
Mural gergasi di Wisma Sabah membawa semangat “Only The Strong Survive”. - FOTO Maxis
Mural gergasi di Wisma Sabah membawa semangat “Only The Strong Survive”. - FOTO Maxis

Hotlink, Kenji Chai bekerjasama #BikinSampaiJadi mural kepada siri NFT

SAAT berjalan atau memandu melintasi Wisma Sabah yang terletak di pekan Kota Kinabalu, orang ramai pasti teruja melihat lakaran mural gergasi yang indah menghiasi dinding bangunan tersebut. 

Saiz mural yang luar biasa, ditambah pula dengan warna yang memukau membuatkan siapa sahaja yang melalui kawasan berkenaan tidak teragak-agak untuk berhenti mengambil gambar kenangan. 

Selain kagum dengan karya seni berkelas dunia, mural yang menjadi tarikan baharu di Kota Kinabalu itu juga mempunyai kelebihan tersendiri apabila dihasilkan oleh anak kelahiran Sandakan, Sabah iaitu, Kenji Chai dengan kerjasama Hotlink.

Image

Kolaborasi bersama Hotlink

Kagum dengan semangat dan bakat ditonjolkan rakyat Malaysia, penyedia perkhidmatan teknologi terkemuka, Hotlink menyatakan komitmen untuk berdiri teguh bersama anak tempatan bagi merealisasikan impian mereka.

Untuk menjayakan hasrat itu, Hotlink melancarkan kempen yang mendorong dan mencetus semangat #BikinSampaiJadi dalam diri setiap individu agar mereka tidak mudah berputus asa. 

Menerusi kempen ini, Kenji Chai antara anak Malaysia yang diberi kepercayaan untuk menyempurnakan seni mural gergasi di dinding bangunan Wisma Sabah.

Konsep luar biasa

Image

Disebalik keunikan mural itu, Kenji tidak lokek berkongsi mengenai konsep yang diketengahkan beliau dalam karya berkenaan. 

Menurut Kenji, mural gergasi di Wisma Sabah membawa semangat "Only The Strong Survive".

Beliau mengangkat beberapa elemen penting seperti karakter haiwan terpantas di laut, udara dan darat, termasuklah ikan marlin hitam, burung falko dan harimau bintang sebagai fokus utama karya seninya. 

"Hotlink juga adalah rangkaian internet yang pantas dan mantap, jadi ia sememangnya kombinasi yang sempurna untuk mural ini," katanya. 

Menurut Kenji, idea mural ini diinspirasikan daripada alam semula jadi kerana orang Sabah sangat dekat dengan alam semula jadi dan khazanah seperti ini perlu dilindungi.

Image

#BikinSampaiJadi

Image

Saat ditanya mengenai #BikinSampaiJadi, Kenji menyatakan bahawa kempen itu bertepatan dengan perjalanan hidupnya. 

Daripada seorang anak seni jalanan yang tidak dikenali sesiapa, kini Kenji berbangga dapat kembali memaparkan hasil karyanya sehingga diiktiraf dunia. 

Walaupun seni grafiti dianggap sebagai tabu ketika beliau baru bermula, beliau sedikit pun tidak berputus asa sebaliknya terus gigih berusaha untuk merealisasikan impiannya.

"#BikinSampaiJadi adalah seperti kisah saya yang pernah melukis Chaigo (watak mural kegemaran) di jalanan tiga tahun lalu, tetapi kini dijemput kembali ke bandar untuk melukis dengan cara yang jauh dengan pengiktirafan lebih besar," katanya.

Hotlink sokong bakat tempatan

Sementara itu, Hotlink turut berkolaborasi dengan pelukis grafiti itu untuk membawa karya seni kepada bentuk digital di Metaverse melalui Non-Fungible Token (NFT).

Hotlink komited menyerlahkan semangat #BikinSampaiJadi bagi menyokong bakat anak tempatan dengan menyediakan mereka platform digital untuk mempamerkan bakat mereka. 

Kolaborasi dengan Kenji adalah permulaan yang menandakan lebih banyak perkongsian akan datang dan Hotlink berharap untuk terus bekerjasama dengan anak tempatan supaya mereka dapat #BikinSampaiJadi dengan cara mereka. 

Jenama ini juga memberi ruang untuk artis tempatan membawa keunikan budaya tempatan dalam bentuk digital melalui NFT.

Pilih internet tanpa had atau internet pantas daripada serendah RM2! Lekas #BikinSampaiJadi dengan Prabayar Hotlink hari ini!

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman sesawang Hotlink.

Tonton video penuh perjalanan mencabar Kenji Chai menyempurnakan mural di Wisma Sabah:

Berita Harian X