Khamis, 21 April 2022 | 8:54pm
Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa, malam ini. - Foto BERNAMA
Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa, malam ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua, Timbalan dan Setiausaha UMNO Bahagian di Seri Perdana, malam ini.
Perdana Menteri beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua, Timbalan dan Setiausaha UMNO Bahagian di Seri Perdana, malam ini.

Ismail Sabri berbuka bersama pemimpin UMNO

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu itu, turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri antaranya Datuk Seri Wan Rosdy (Pahang), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor).

Antara Ketua UMNO yang hadir pula ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Najib Razak (Pekan) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 35 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah di Keramat, Kuala Lumpur.

Ismail Sabri kemudiannya menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

– BERNAMA

Ismail Sabri berbual-bual dengan bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di Putrajaya, malam ini. - Foto BERNAMA
Ismail Sabri berbual-bual dengan bersama tetamu pada Majlis Berbuka Puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di Putrajaya, malam ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X