Sabtu, 16 April 2022 | 8:24pm

Perdana Menteri buka puasa bersama warga Bera

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun di sini.

Ahli Parlimen Bera itu yang tiba pada jam 6.30 petang, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 631 penerima bagi meringankan beban kewangan membuat persiapan hari raya.

Penerima sumbangan merangkumi penduduk di 10 kawasan sekitar Bera termasuk Felda Purun, Felda Kepayang, Felda Kumai, Felda Rentam, Felda Sebertak, Felda Tementi, Lubuk Tambangan dan Bandar 32.

Gelagat kanak-kanak Mohd Azrin Hafidh Saiful Azril, 2, ketika menerima duit raya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Program Jelajah Semarak Ramadan Dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid itu.

Terdahulu, beliau meluangkan masa seharian di kawasan Parlimen Bera bagi menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas kepada mereka yang memerlukan menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan.

Secara keseluruhan, seramai 2,013 orang menerima sumbangan itu hari ini manakala bakinya lebih 2,000 orang akan menerima sumbangan esok. – BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penerima sumbangan, sempena Program Jelajah Semarak Ramadan Dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Berita Harian X