Rabu, 13 April 2022 | 10:07pm
Bakri (kanan) meninjau ladang ternakan babi yang positif Demam Babi Afrika (ASF) di Kampung Baru Site A, Tanah Merah. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM
Bakri (kanan) meninjau ladang ternakan babi yang positif Demam Babi Afrika (ASF) di Kampung Baru Site A, Tanah Merah. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM

Hampir 300 babi dilupus

PORT DICKSON: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah melupuskan 275 ekor babi di sebuah ladang di Kampung Baru Site A, Tanah Merah di sini, susulan kes jangkitan demam babi Afrika (ASF).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Ir Bakri Sawir, berkata semua babi itu ditanam di lokasi yang ditetapkan.

"JPV Negeri Sembilan sedang memeriksa 19 lagi ladang yang terletak radius tiga kilometer. Kami sedang menunggu keputusan sampel, sebelum tindakan pelupusan sepenuhnya dijalankan.

"Tindakan akan segera dilakukan (pelupusan) di 19 lagi ladang ini, namun tindakan mengikut undang-undang kerana semua ladang ini tidak berlesen dan perlu ditutup sepenuhnya," katanya di sini hari ini.

Katanya, 19 ladang berkenaan menempatkan 2,000 hingga 3,000 ekor babi.

Berita Harian X