Isnin, 11 April 2022 | 4:19pm
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 diumum kerajaan adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap. - Foto hiasan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sudah diarah membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April. - Foto BERNAMA

Tiada syarat dos lengkap untuk terima bantuan raya

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 diumum kerajaan adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata susulan itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sudah diarah membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April.

"Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.

"Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek yang cuba merasuah polis bekerja sebagai buruh. - Gambar hiasan NSTP
Suspek yang cuba merasuah polis bekerja sebagai buruh. - Gambar hiasan NSTP

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara-perkara lain dalam pekeliling terbabit masih terpakai.

Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Menerusi kenyataan pada 5 April, Ismail Sabri berkata, bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Bantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara. Pembayaran dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini.

Berita Harian X