Rabu, 6 April 2022 | 3:47pm
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. - Foto fail NSTP
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. - Foto fail NSTP

Penjawat awam Negeri Sembilan terima bantuan khas Aidifitri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pemberian BKK itu akan membabitkan 4,050 penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.

Katanya, pemberian berkenaan sebagai usaha meringankan beban kewangan kepada anggota pentabiran kerajaan negeri dalam membuat persiapan menyambut hari raya tahun ini.

"Pemberian BKK ini juga bagi merancakkan ekonomi Negeri Sembilan selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022, "Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di

Wisma Negeri di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, pembayaran akan dilakukan pada Jumaat depan (15 April).

"Kerajaan negeri mengharapkan agar pemberian BKK ini akan meningkatkan lagi motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang," katanya.

Berita Harian X