Rabu, 9 March 2022 | 9:17am
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

COVID-19: 79 kematian, 19 kes BID

PUTRAJAYA: Sebanyak 79 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah angka korban kini meningkat kepada 33,384 kes.

Laman web COVIDNOW melaporkan Johor merekodkan angka kematian tertinggi dengan 16 kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan 13 kematian.

Negeri lain mencatatkan pertambahan angka korban ialah Selangor dengan 11 kematian, masing-masing lima kes di Sabah dan Pahang, empat di Kelantan, tiga di Melaka, masing-masing dua di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur serta satu di Negeri Sembilan.

Daripada jumlah kematian dilaporkan itu, 19 kes membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia sekali gus menjadikan sehingga kini 6,914 pesakit COVID-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Kes BID dilaporkan di Kedah membabitkan lima kes, empat di Selangor, tiga di Sabah, dua di Perak dan masing-masing satu kes di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

Berita Harian X