Isnin, 7 March 2022 | 4:13pm
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer diarah keluar dewan selepas menggangu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer diarah keluar dewan selepas menggangu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

Najib diminta beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun meminta Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak mengemuka penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat, minggu lalu.

Azhar ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat petang ini, memaklumkan bekas Perdana Menteri itu perlu memberi penjelasan Rabu ini berkenaan intipati perbahasannya yang menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kewangan negara.

"Sebagaimana amalan biasa, saya sudah menulis kepada Yang Berhormat Pekan untuk meminta penjelasan serta Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan apa yang beliau katakan dalam dewan.

"Saya sedang menunggu jawapan. Saya meminta beliau memberi penjelasan Rabu ini. Tapi tidak tahulah beliau dapat beri penjelasan atau tidak," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bangun meminta penjelasan Azhar sama ada usul dikemuka Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua untuk merujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sudah diterima atau sebaliknya.

Usul itu antara lain mendakwa perbahasan Najib berkaitan isu 1MDB serta hutang dan kewangan negara pada minggu lalu, didakwa cuba mengelirukan dewan.

Rayer juga mendakwa, usul itu perlu diputuskan segera memandangkan ia boleh memberi kesan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, iaitu hari mengundinya ditetapkan pada Sabtu ini.

Ketika sesi perbahasan Najib minggu lalu, Rayer turut digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama sehari, selepas beliau ingkar arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor untuk duduk selepas berkali-kali cuba mengganggu perbahasan Najib.

Dalam perbahasan Najib itu, Rayer dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkali-kali membangkitkan isu 1MDB dan meminta Ahli Parlimen Pekan itu supaya menghentikan perbahasannya.

Najib bagaimanapun, tidak memberi laluan kepada sebarang pencelahan.

Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer diarah keluar dewan selepas menggangu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA
Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer diarah keluar dewan selepas menggangu sesi perbahasan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

Berita Harian X