Ahad, 6 March 2022 | 5:46pm
Anggota Veterinar melakukan siasatan awal di lokasi 20 kucing ditemui mati di Pantai Bukit Keluang, Besut. - Foto pembaca
Anggota Veterinar melakukan siasatan awal di lokasi 20 kucing ditemui mati di Pantai Bukit Keluang, Besut. - Foto pembaca

20 kucing mati, disyaki perbuatan khianat

BESUT: Seorang pengunjung di Pantai Bukit Keluang di sini terkejut apabila menemui bangkai 20 kucing bergelimpangan disyaki diracun, jam 9.30 pagi tadi.

Roshanafi Osman, 39, berkata sudah menjadi rutin dia dan keluarga singgah di kawasan pantai itu untuk bersiar-siar.

"Satu laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampung Raja jam 3.30 petang tadi.

"Tujuh daripada kucing berkenaan masih kecil. Bangkai dijumpai bersama beberapa ekor kucing peliharaan kerana mempunyai tali leher," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang rakannya yang sering memberi makan kucing itu sejak sekian lama memberitahu sebelum ini semua haiwan berkenaan dalam keadaan sihat.

"Saya bersama keluarga serta rakan membantu mengutip bangkai kucing untuk ditanam dalam satu lubang.

"Petang ini pihak veterinar meminta saya menunjukkan lokasi bangkai ditanam dan menggali semula untuk bedah siasat punca kematian," katanya.

Katanya, kejadian itu juga turut mengundang simpati ramai pihak yang sedih kejadian itu.

Berita Harian X