Sabtu, 26 Februari 2022 | 6:38pm
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu media di selepas majlis di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu media di selepas majlis di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson. - NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

PKR kecewa dengan MUDA

PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kerana meletak calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai masalah dari segi calon bertanding dalam PRN Johor tetapi isu timbul di DUN Larkin membabitkan MUDA.

"Kita serahkan kepada rakyat untuk menilai dari segi sokongan.

"Rakyat memerlukan pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Santai Belia Malaysia di Pejabat Tanah dan Daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, PH tidak meletak sesiapa sebagai calon Menteri Besar kerana mahu memastikan kemenangan di Johor terlebih dahulu.

"Itu (calon MB) belum dibincangkan tetapi kita mahu menyelesaikan isu kerusi dengan beberapa parti komponen membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Buat masa sekarang, kita mahu tumpukan kawasan bertanding membabitkan parti dalam PH terlebih dahulu," katanya.

Berita Harian X