Khamis, 24 Februari 2022 | 12:47pm

BN hanya umumkan calon UMNO, MIC

JOHOR BAHRU: Hanya calon UMNO dan MIC yang diumumkan pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, apabila 15 calon MCA tidak diumumkan.

Pada majlis itu. Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni  Mohammad, mengumumkan senarai 37 calon UMNO dan empat calon MIC yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketika membuat pengumuman itu, beliau berkata, MCA masih perlu memuktamadkan calonnya.

"Senarai ini tidak lengkap kerana rakan komponen MCA perlu memuktamadkan lagi calon mereka untuk memastikan hasrat, matlamat kita PRN ini yang terbaik seperti kata Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"MCA nak calon terbaik bertanding dan mereka akan teliti calon mereka yang mereka fikirkan layak," katanya.

Pengerusi UMNO Johor, yang juga calon DUN Benut Datuk Hasni membincangkan sesuatu bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selepas pengumuman 56 calon BN Johor bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Berita Harian X