Rabu, 19 Januari 2022 | 11:33pm
Bomba dari BBP Ipoh dibantu anggota BBP Meru Raya menyelamat mangsa banjir di Taman Desa Impian, Bercham, selepas kawasan berkenaan serta beberapa lagi kawasan sekitar Ipoh dilanda banjir kilat malam ini. NSTP/Ihsan JBPM Perak

Beberapa lokasi di Ipoh dilanda banjir kilat malam ini

IPOH: Beberapa lokasi di bandar raya ini dilanda banjir kilat, malam ini, selepas hujan lebat berterusan, bermula lewat petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan diterima jam 8.27 malam mengenai banjir yang melanda kawasan Bercham, di sini.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu anggota BBP Meru Raya digegaskan ke lokasi bagi usaha menyelamat.

"Air dianggarkan naik sehingga setengah meter dan pemantauan masih diteruskan," katanya.

Menerusi gambar yang dikongsikan JBPM Perak, bot kecil turut digunakan bagi operasi menyelamat di Taman Desa Impian, di sini, dengan beberapa kenderaan turut digenangi air.

Sementara itu, banjir kilat turut berlaku di kawasan Taman Perpaduan, Taman Cempaka, Bandar Seri Botani, Tambun, Greentown, serta berhampiran Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Ipoh iaitu di Stadium Badminton.

Media sosial seperti Facebook dan Twitter turut memuat naik gambar serta rakaman video yang dikongsikan warganet mengenai banjir di kawasan mereka.

Antara video yang dimuat naik adalah kenderaan yang terkandas akibat air di persimpangan lampu isyarat berhampiran Stesen Minyak Caltex di Jalan Tambun.

Berita Harian X