Selasa, 11 Januari 2022 | 8:29pm
Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan oximeter kepada Datuk Dr Zaini Hussin (kanan) disaksikan EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin - Foto NSTP/Ihsan PETRONAS

PETRONAS sumbang 1,500 oximeter

KOTA BHARU: Sebanyak 1,500 unit alat pengukur kadar oksigen atau Oximeter disumbangkan PETRONAS bagi kegunaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di tiga negeri di Pantai Timur.

Alat itu untuk kegunaan kakitangan JKN masing-masing untuk memeriksa tahap kesihatan pesakit COVID-19.

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, sumbangan itu menunjukkan komitmen berterusan syarikat petroleum nasional itu dalam membendung penularan wabak COVID-19.

"Agihan alat pengukur kadar oksigen ini juga adalah untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan ke arah pembasmian wabak itu.

"Sehingga kini, PETRONAS sudah menyumbang lebih daripada RM100 juta dalam bentuk wang tunai, peralatan perubatan dan peralatan perlindungan diri kepada barisan hadapan sepanjang pandemik yang bermula sejak dua tahun lalu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sumbangan oximeter untuk negeri Kelantan disampaikan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin dalam satu perjumpaan ringkas di Kota Darul Naim yang turut dihadiri EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin.

Berita Harian X