Sabtu, 8 Januari 2022 | 12:14pm

Siri jelajah PETRONAS Motorsports bakal temui peminat sukan permotoran

SEBAGAI perintis barisan hadapan sukan permotoran, PETRONAS akan memulakan siri jelajah PETRONAS Motorsports di beberapa lokasi di seluruh negara, mulai 7 hingga 23 Januari ini.

Menerusi siri jelajah ini, Mercedes-AMG F1 W12 dengan warna hijau ikonik PETRONAS akan dipamerkan untuk memberi peluang kepada pengunjung mendekati dan bergambar bersama jentera perlumbaan Formula 1 Mercedes AMG-PETRONAS tersebut.

Image

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain disediakan buat pengunjung termasuk permainan interaktif menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Orang ramai juga boleh memandu kenderaan F1 mereka secara maya dengan simulator kereta lumba dan mengambil bahagian dalam perlumbaan maya bersama pengunjung lain.

Image

Lebih menarik, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari PETRONAS selain turut boleh membeli barangan eksklusif PETRONAS Motorsport ketika siri jelajah ini.

Pameran PETRONAS Motorsport akan bermula di Pulau Pinang, sebelum bergerak ke Johor dan berakhir di Melaka. Butiran siri jelajah PETRONAS Motorsport adalah seperti berikut:

Image

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini tentang siri jelajah PETRONAS Motorsport, layari Instagram rasmi PETRONAS Motorsport

Berita Harian X