Khamis, 6 Januari 2022 | 10:47am
Kerja pembaikan dilakukan akibat tanah mendap di Jalan Kinabalu menghala Cheras, Kuala Lumpur sebelum ini. - FOTO ihsan polis
Kerja pembaikan dilakukan akibat tanah mendap di Jalan Kinabalu menghala Cheras, Kuala Lumpur sebelum ini. - FOTO ihsan polis

Jalan Kinabalu arah Cheras dibuka kembali

KUALA LUMPUR: Jalan Kinabalu menghala Cheras di sini, dibuka kembali untuk pengguna jalan raya berikutan kerja membaikpulih jalan berlubang selesai.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata kerja membaikpulih itu selesai dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 11.50 malam tadi.

"Pengguna jalan raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi menggunakan laluan itu.

"Orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Harian X