Rabu, 5 Januari 2022 | 11:59am
Dibintangi oleh YouTuber dan pencipta kandungan popular Malaysia, Chang Yong bakal menampilkan lakonan sulung dalam filem tempatan ini. - FOTO tonton CINEMA
Dibintangi oleh YouTuber dan pencipta kandungan popular Malaysia, Chang Yong bakal menampilkan lakonan sulung dalam filem tempatan ini. - FOTO tonton CINEMA

Selebriti YouTube tampil lakonan sulung menyentuh hati

BERSEMPENA Tahun Baharu Cina, Pengarah "Shuttle Life" yang menerima pelbagai pencalonan anugerah, Tan Seng Kiat kembali dengan kisah menyentuh hati yang bakal menyerikan tahun baharu anda. 

Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan seorang graduan muda menganggur yang bertemu dengan mendiang  bapanya melalui mimpi.

Melalui bimbingan bapanya, Chang Yong belajar mengenai  tanggungjawab dan erti kehidupan serta menjadi berani menghadapi cabaran meski berdepan pandemik. 

Untuk mengubah nasib hidup, Chang Yong mesti memenuhi hasrat terakhir bapanya iaitu menghabiskan resipi roti Dreams Come True yang tidak lengkap.

Dibintangi oleh selebriti YouTube dan penulis kandungan popular, Chang Yong,  peminat kini dapat menyaksikan penampilan sulung lakonannya dalam filem bertajuk My Dream My Wish

Selain Chang Yong, filem ini turut menampilkan pelakon berpengalaman, Angela Chan yang pernah popular dalam adengan TV tempatan, Tiger Mom. 

Orang ramai boleh menonton "My Dream My Wish" di tonton CINEMA pada harga RM12.90 sahaja. 

Layari cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton di Google Play atau App Store sekarang untuk menonton filem ini!

Image

Berita Harian X