Isnin, 3 Januari 2022 | 8:58pm
Majlis serah terima tugas Pengarah JSJN antara Razarudin kepada Ayob, disaksikan Acryl Sani di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, hari ini. - Foto ihsan PDRM
Majlis serah terima tugas Pengarah JSJN antara Razarudin kepada Ayob, disaksikan Acryl Sani di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, hari ini. - Foto ihsan PDRM

Datuk Ayob mampu kendali JSJN dengan cemerlang - KPN

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, menyerahkan tugas dan tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kepada bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini, disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Majlis serah terima tugas Pengarah JSJN antara Razarudin kepada Ayob, disaksikan Acryl Sani di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.
Majlis serah terima tugas Pengarah JSJN antara Razarudin kepada Ayob, disaksikan Acryl Sani di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.

Acryl Sani berkata, beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ayob atas pelantikannya sebagai Pengarah JSJN.

"Saya yakin dengan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Datuk Ayob mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang.

"Pelantikan Datuk Ayob juga dapat memperkukuhkan lagi barisan kepemimpinan PDRM dalam mengharungi apa juga cabaran mendatang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada majlis sama, turut berlangsung serah terima tugas daripada Pengerusi PERKEP JSJN yang sebelum ini disandang Datin Zainah Othman kepada Senior Asisten Komisioner Datin Zaleha Mohd Ariffin.

Turut berlangsung, Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) kepada 50 pegawai dan anggota PDRM bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan bakti mereka kepada negara ketika era darurat serta insurgensi komunis.

Berita Harian X