Selasa, 28 Disember 2021 | 2:53pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Hujan berterusan dijangka hingga hujung minggu ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, sepanjang minggu ini.

Dalam kemas kini menerusi Facebook, MET Malaysia berkata, hampir keseluruhan daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai akan mengalami cuaca berkenaan.

Foto Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.
Foto Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Hujan berterusan di seluruh Terengganu dan di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang.

"Di Johor pula adalah di daerah Mersing. Kesemuanya adalah dalam tempoh Khamis sehingga Sabtu ini," katanya.

Selain itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Sabah iaitu sekitar Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh itu di sesuatu kawasan.

Berita Harian X