Selasa, 7 Disember 2021 | 10:26pm
- Hiasan.
- Hiasan.

Pelakon 'gay' dirujuk ke SKMM

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini merujuk kes pelakon melakonkan watak gay kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, JAKIM memandang serius isu berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Keluarga Malaysia khususnya umat Islam.

Katanya, JAKIM berharap pihak yang terbabit supaya sensitif dengan nilai dan budaya masyarakat di negara ini serta tidak bertindak di luar batas dengan nilai ketimuran.

"JAKIM juga menasihatkan masyarakat bertenang dan menyerahkan isu ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat serta diambil tindakan sewajarnya," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Kenyataan Idris merujuk mengenai seorang pelakon lelaki yang melakonkan babak romantik bersama pelakon lain dalam sebuah siri drama yang disiarkan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Berita Harian X