Ahad, 5 Disember 2021 | 5:54pm

Polis panggil 7 individu dirakam percakapan

TANJUNG MALIM: Polis sudah memanggil tujuh individu untuk dirakam percakapan berhubung perarakan pengebumian guna helikopter di Little India di Ipoh, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata yang dipanggil adalah pengurus mayat, waris, juruterbang, pengurus syarikat acara, pemilik helikopter, wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pemilik kuda.

Selepas siasatan kes selesai, polis akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan peguam negara.

"Polis juga sudah mengenal pasti jenis kesalahan yang dilakukan semasa perarakan terbabit tetapi bergantung kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. Perarakan terbabit tidak dimaklumkan kepada polis," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2021 di Dewan SITCKampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Mior Faridalathrash (kanan) menyampaikan sijil kepada penuntut UPSI sempena Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPSI 2021. - NSTP/Rosman Shamsudin
Mior Faridalathrash (kanan) menyampaikan sijil kepada penuntut UPSI sempena Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPSI 2021. - NSTP/Rosman Shamsudin

Yang turut hadir, Naib Cancelor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff; Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Perak, Datuk Anuar Othman dan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Pada majlis berkenaan seramai 65 penuntut UPSI menerima Sijil Perlantikan Pegawai (SUKSIS).

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan keputusan mengupah syarikat helikopter menabur bunga dari udara dibuat oleh waris secara mengejut.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan perarakan pengebumian yang menggunakan helikopter yang terbang rendah di Little India, disahkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Laporan dalam BH Online sebelum ini.
Laporan dalam BH Online sebelum ini.
Berita Harian X