Khamis, 2 Disember 2021 | 2:14pm

Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (waspada) bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, mulai hari ini sehingga esok.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata sembilan kawasan di Kelantan dijangka berdepan hujan berterusan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu, katanya, membabitkan semua kawasan.

Pahang pula membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin, manakala di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

"Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang. Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Penduduk Kampung Pantai Kundor, Kota Bharu meninjau keadaan air pasang di penempatan mereka. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, hari ini dan esok.- Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Berita Harian X