Jumaat, 26 November 2021 | 6:27pm

Penjaga, pelawat dibenarkan lawat pesakit di hospital KKM

PUTRAJAYA: Penjaga dan pelawat kini dibenarkan melawat pesakit di semua kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kebenaran itu bagaimanapun diputuskan untuk beberapa kategori pesakit yang sedang menerima rawatan.

"Selepas mendengar rintihan daripada rakyat mengenai dasar lawatan bagi penjaga dan pelawat di hospital KKM, kita sudah memutuskan untuk membenarkan lawatan untuk beberapa kategori pesakit.

"Sebagai contoh, pesakit yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan penjagaan, pesakit tenat, kurang upaya, warga emas, yang memerlukan bantuan komunikasi membabitkan pesakit kanak-kanak, ibu dalam proses bersalin dan sebagainya," katanya pada sidang media hari ini.

 Foto hiasan
Foto hiasan
Berita Harian X