Khamis, 14 Oktober 2021 | 12:06am

Bekalan air Lembah Klang pulih berperingkat mulai 3 pagi ini

KUALA SELANGOR: Bekalan air kepada 998 kawasan di Lembah Klang yang terjejas dijangka disalurkan awal dua jam secara berperingkat bermula 3 pagi ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong di sini, siap pada 8.15 malam tadi.

Beliau berkata, ia termasuk penukaran paip utama baharu yang mempunyai jangka hayat antara 27 hingga 30 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/Amirul Aiman Shamsuddin
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/Amirul Aiman Shamsuddin

"Proses kerja berjalan lancar sejak bermula 9 pagi, membabitkan 18 kerja utama termasuk sembilan di LRA SSP1.

"Alhamdulillah, semua kerja penambahbaikan dan penyenggaraan selesai lebih awal berbanding jadual asal iaitu jam 11 malam.

"Ini menunjukkan kita awal dua jam berbanding sasaran ditetapkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau LRA SSP1 di sini, malam ini.

Amirudin dimaklumkan kerja di lokaliti hiliran setakat ini mencapai 90 peratus.

"Sebelum ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangkakan bekalan air dapat mula diagihkan bermula jam 5 pagi ini.

"Proses agihan air biasanya mengambil masa antara lima hingga enam jam selepas kerja penyenggaraan siap.

"Bagaimanapun, ia berjaya disiapkan awal dan membolehkan bekalan mula disalurkan kira-kira jam 3 pagi nanti," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/Amirul Aiman Shamsuddin
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/Amirul Aiman Shamsuddin

Sebelum ini, sebanyak 998 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dilapor bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual sehingga 16 Oktober ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/AMIRUL AIMAN SHAMSUDDIN
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, meninjau keadaan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Bukit Badong, malam ini. - NSTP/AMIRUL AIMAN SHAMSUDDIN
Berita Harian X