Jumaat, 24 September 2021 | 7:22pm
Sebahagian Ahli Parlimen yang terbabit dalam perhimpunan di Dataran Merdeka bulan lalu. - NSTP/Aswadi Alias

68 Ahli Parlimen sertai perhimpunan mohon pengurangan kompaun

PUTRAJAYA: Seramai 68 Ahli Parlimen yang terbabit dalam perhimpunan di Dataran Merdeka bulan lalu, memohon pengurangan bayaran kompaun selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya bersetuju menawarkan pengurangan dan semua Ahli Parlimen berkenaan sudah menjelaskan kompaun yang dikenakan.

"Seperti rakyat lain, mereka (Ahli Parlimen) yang langgar SOP dikenakan kompaun dan mereka minta diberikan diskaun.

"Kita bersetuju untuk beri diskaun kepada mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, puluhan Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas gagal memasuki bangunan Parlimen.

Selepas berkumpul di Dataran Merdeka, sekumpulan Ahli Parlimen terbabit antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN), dihalang menuju ke Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Susulan perhimpunan itu, polis memanggil semua Ahli Parlimen terbabit untuk diambil keterangan.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Berita Harian X