Selasa, 2 March 2021 | 9:31pm
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Mesyuarat tergempar putus hubungan dengan BERSATU perlu diadakan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyarankan agar Majlis Tertinggi UMNO mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi menentukan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau berkata, kesemua ahli parti wajib memutuskan kerjasama dengan BERSATU mengikut semangat dan kehendak perwakilan 147 Bahagian UMNO.

Katanya, setiap ahli wajib mengundi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

"Majlis Tertinggi mesti mengadakan mesyuarat tergempar memutuskan supaya kesemua ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Parti Bersatu mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian UMNO.

"Wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Ahli Parlimen daripada semua parti komponen Barisan Nasional juga perlu mengundi menolak Muhyiddin.

"Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti parti komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepemimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen di panggil bersidang dalam Mac ini," katanya.

Berita Harian X