Selasa, 2 March 2021 | 5:40pm

Boleh rentas daerah mulai 5 Mac ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah mulai 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan.

"Berhubung Sabah, kerajaan negeri sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

"Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebenarnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung perkembangan pelaksanaan PKP hari ini.

Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan para pemandu ketika menjalankan sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Plaza Tol Gombak. - Foto hiasan
Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan para pemandu ketika menjalankan sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Plaza Tol Gombak. - Foto hiasan
Berita Harian X