Khamis, 18 Februari 2021 | 9:40am

Najib tiba di kompleks mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi mengikuti keputusan kes membabitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau tiba pada jam 9.22 pagi, secara berasingan, iaitu kira-kira tujuh minit selepas ketibaan Rosmah.

Sebelum ini, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya mahu menemani Rosmah ketika memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib akan menghadiri perbicaraan kes berhubung dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas keputusan kes isterinya berkaitan rasuah. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Najib akan menghadiri perbicaraan kes berhubung dana 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas keputusan kes isterinya berkaitan rasuah. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Muhammad Shafee memberitahu bahawa anak guamnya mahu mendengar keputusan mahkamah kes Rosmah, sebelum menghadiri perbicaraannya sendiri yang dijadualkan bermula 9.30 pagi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Berita Harian X