Khamis, 28 Januari 2021 | 5:19pm

Anggota polis positif COVID-19 meninggal dunia

SHAH ALAM: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi, ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistem Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada jam 9 malam.

"Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan.

"Saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.

"Bagaimanapun, sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini. – BERNAMA

Berita Harian X