Selasa, 5 Januari 2021 | 7:27am

Kalabakan kembali jadi zon merah

KOTA KINABALU: Daerah Kalabakan kembali menjadi zon merah apabila merekodkan lebih 40 kes aktif COVID-19, semalam.

Ia menjadikan 18 zon merah direkodkan di Sabah, setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata tiga kes dicatatkan di Kalabakan semalam.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 semalam adalah sebanyak 303 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes.

"Sebanyak tiga kes kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di Tawau, Keningau dan Lahad Datu.

"Bilangan pesakit COVID-19 dalam unit rawatan rapi ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Masidi berkata, kes tertinggi dalam zon merah direkodkan di Kota Kinabalu dengan 64 kes kemudian diikuti Tawau (47); Lahad Datu (39); Penampang (32); Sipitang (22); Papar (19); Sandakan (16); Putatan (14); Kota Belud (10); Keningau (8); dan Kunak (1).

Berita Harian X